PASPORT Malaysia mengukukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila melonjak ke tangga keenam paling berkuasa di dunia tahun ini.
Berdasarkan senarai penilaian yang dibuat 𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐞𝐧𝐥𝐞𝐲 𝐏𝐚𝐬𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐱 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠, kedudukan pasport Malaysia melonjak enam anak tangga berbanding di kedudukan ke-12 pada tahun lalu.
Dengan jumlah akses sebanyak 183 negara, pasport Malaysia kini setanding Hungary, Poland dan United Kingdom, mengatasi negara-negara seperti Kanada, Australia serta New Zealand bahkan Amerika Syarikat.
Jabatan Imigresen Malaysia dalam kenyataannya berkata, pencapaian tersebut mencerminkan keyakinan serta pengiktirafan dunia terhadap Malaysia di samping membuktikan kekuatan hubungan diplomatik serta mobiliti global negara yang terus diperkasa.
“Pasport Malaysia bukan sekadar dokumen perjalanan, malah simbol kedaulatan, kepercayaan antarabangsa dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia,” kata jabatan itu hari ini.
Katanya, Jabatan Imigresen Malaysia akan terus komited dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang cekap, selamat dan berintegriti demi memastikan keyakinan rakyat serta imej negara sentiasa terpelihara.
Sementara itu, pasport Singapura kekal sebagai paling berkuasa di dunia dengan jumlah akses 192 negara.
Manakala Jepun, Korea Selatan dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) di tangga kedua dengan 187 akses diikuti Sweden di tempat ketiga dengan akses 186 negara. — Edisi 9

