Monday, June 22, 2026

Naik taraf punca Jabatan Kecemasan HKL seperti zon perang

Sepanjang projek itu dijalankan, Jabatan Kecemasan dan Trauma terpaksa beroperasi di atas kawasan yang mengecil sebanyak 50 peratus...

Mesti Baca

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) menjelaskan bahawa projek naik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma menyebabkan keadaan jabatan itu seperti zon perang.

Pengarah HKL, Datuk Dr Harikrishna KR Nair berkata, projek tersebut dilaksanakan sebagai perancangan strategik untuk menampung kapasiti pesakit yang bertambah bagi keselesaan pesakit.

Beliau berkata, sepanjang projek itu dijalankan, Jabatan Kecemasan dan Trauma terpaksa beroperasi di atas kawasan yang mengecil sebanyak 50 peratus manakala 50 peratus lagi adalah bagi laluan projek naik taraf tersebut. 

“Walau bagaimanapun, perkhidmatan kesihatan di jabatan ini masih diteruskan dengan mengamalkan prinsip no wrong door,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum dan prihatin dengan paparan yang dimuat naik dalam media sosial semalam sambil memaklumkan projek tersebut dijangka siap pada akhir tahun ini.

Dr Harikrishna berkata, HKL akan sentiasa memastikan operasi jabatan tersebut berjalan lancar dengan semua kes diberikan perawatan mengikut prosedur standard operasi.

“Infrastruktur yang kelihatan uzur adalah bersifat sementara kerana proses ubah usai bagi menampung projek naik taraf. 

“Manakala kerusi-kerusi bagi pesakit dan waris yang menunggu akan ditambah mengikut kapasiti khemah menunggu sedia ada bagi meningkatkan keselesaan pelanggan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mewakili pihak pengurusan HKL berterima kasih atas keprihatinan masyarakat dan sentiasa bersikap terbuka menerima cadangan. — Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan