Saturday, June 13, 2026

AKPS tolak 99 lagi warga asing cuba masuk Malaysia

Operasi yang menyasarkan penerbangan berisiko tinggi itu menyaksikan lebih 400 individu diperiksa secara rapi. 

Mesti Baca

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) langsung tidak beri peluang kepada warga asing yang cuba memasuki negara ini dengan niat untuk bekerja.

Terbaharu, 99 warga asing telah ditolak kemasukan ke Malaysia selepas gagal melepasi saringan keselamatan dalam satu operasi khas oleh AKPS,  Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Operasi yang menyasarkan penerbangan berisiko tinggi itu menyaksikan lebih 400 individu diperiksa secara rapi. 

“Mereka yang ditolak kemasukan terdiri daripada 80 lelaki warga Bangladesh, 10 dari India, dan 9 dari Pakistan. 

“Penolakan dibuat kerana mereka gagal memenuhi syarat imigresen, termasuk mempunyai tujuan lawatan dan rekod perjalanan yang meragukan,” kata AKPS dalam kenyataan hari ini.

Kesemua 99 individu tersebut telah diuruskan untuk proses dokumentasi lanjut dan dihantar pulang semula ke negara asal mengikut prosedur undang-undang sedia ada.

Operasi intensif itu berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang, diketuai oleh Unit Pemantau KLIA Terminal 1 dengan sokongan Unit Integriti. 

“Ia melibatkan semakan latar belakang, dokumentasi perjalanan, dan temu bual secara individu,” katanya.

AKPS menegaskan bahawa langkah penguatkuasaan seperti ini akan terus dipertingkatkan secara berkala sebagai strategi proaktif bagi menangani ancaman seperti sindiket penyeludupan manusia (counter-setting) dan penyalahgunaan pas lawatan sosial. — Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan