Tuesday, June 16, 2026

3.9 juta penerima SARA berbelanja guna MyKad

Mesti Baca

LEBIH 3.9 juta penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah berbelanja keperluan asas di 3,700 kedai berdaftar sepanjang bulan lalu.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ini bermakna 72 peratus daripada jumlah 5.4 juta penerima SARA mula berbelanja menggunakan MyKad pada bulan pertama pengkreditan SARA. 

MOF berkata, daripada jumlah itu Sabah merekodkan jumlah pembelian SARA tertinggi sebanyak 84 peratus daripada penerima diikuti oleh Perlis (82 peratus), Kedah (80 peratus), Labuan (79 peratus) dan Kelantan sebanyak 78 peratus.

“Penerima SARA telah ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta mulai bulan April 2025.

“Bilangan kedai runcit/pasar raya berdaftar di bawah SARA telah mencecah lebih 3,700 buah di seluruh negara berbanding 700 buah pada tahun 2024,” kata MOF dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu berkata, bilangan kedai runcit akan terus ditambah bagi memastikan terdapat kedai SARA yang berdekatan dengan tempat tinggal setiap penerima.

MOF berkata, mulai hari ini, program SARA juga telah ditambah baik melalui peluasan barangan asas yang dibenarkan iaitu meliputi produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai. 

“Kerajaan MADANI mengambil keputusan untuk menambah kategori barangan SARA susulan permintaan meluas para penerima.

“Dengan ini, kategori barangan berdaftar di bawah SARA meningkat kepada 14, merangkumi pelbagai barangan makanan asas, kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Madani sentiasa mendengar suara rakyat demi memastikan kelangsungan hidup mereka terus terbela. 

Beliau berkata, peluasan kategori barangan yang dibenarkan di bawah SARA itu adalah hasil maklum balas diterima daripada majoriti penerima. 

“Arakian, Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus menambah baik pelaksanaan program SARA dari semasa ke semasa,” kata beliau.

Kadar maksimum SARA yang diterima adalah sehingga RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 pada tahun 2024, peningkatan 75 peratus daripada yang diterima pada tahun lepas. 

Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun dan baki kadar/kredit bulanan SARA akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan