Sunday, June 14, 2026

Aliff Aziz, Bella Astillah sah bercerai buat kali kedua

Mesti Baca

KRISIS rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz berakhir apabila mereka disahkan bercerai talak satu hari ini.

Aliff, 33, melafazkan talak terhadap isterinya, Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat sekitar jam 1 petang dan mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak. 

“Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz Aliff.

Bella yang kelihatan tenang bagaimanapun bersetuju untuk tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah. 

Sebelum ini, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019.  

Peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata ketika di dalam dewan bicara, perbincangan sudah dibuat di antara kedua-dua pihak dan ada terma yang sudah dibuat.

“Ada berlaku perbincangan antara peguam dan peguam dan alhamdulillah ada penyelesaian secara global. Juga sudah ada perjanjian yang dibiat.

“Dalam perjanjian tersebut ada terma di mana defendan hadir melafazkan cerai dan plaintif melepaskan hak mutaah dan nafkah iddah dan kedua pihak tidak akan menuntut harta sepencarian.

“Aliff juga dilepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya dan Aliff juga tidak akan menuntut nusyuz sekiranya ada dan perjanjian itu ditandatangi hari ini,” katanya seperti dilapor UtusanTV.

Peguam mewakili Aliff, Hadi Salleh mengiyakan terma-terma tersebut dan mengakui anak guamnya setuju melafazkan cerai. 

Terdahulu, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur. 

Pada prosidinb yang berlangsung pada 4 April lalu, mahkamah menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP)  berikutan keputusan penyanyi berasal dari Singapura itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya. 

Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff,  menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan