26 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

Perbaharui sistem federalisme tanpa meminda Perlembagaan

Mesti Baca

SISTEM federalisme yang diamalkan di negara ini boleh diperbaharui tanpa perlu membuat pindaan terhadap Perlembagaan negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, reformasi sistem pemerintahan berpusat itu tidak harus dilihat dalam konteks yang sempit.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, perubahan itu boleh dilakukan secara persefahaman dan musyawarah.

“Isu yang dibangkitkan Pemangku Sultan Johor sepatutnya membuka mata banyak pihak. Reform ke atas sistem federalisme wajar dilakukan.

“Tidak perlu pindaan Perlembagaan. Cukup dengan ‘understanding dan musyawarah’. Kerajaan perpaduan terbentuk atas dasar musyawarah. Kerajaan hari ini wajar mulakannya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semalam bahawa Malaysia terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme yang menjadi teras utama dalam Perlembagaan Persekutuan.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pembangunan dan kemajuan negara adalah berteraskan kekuatan persekutuan bersama-sama kesemua negeri.

“Oleh itu Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam menjamin hak negeri, dan dalam menentukan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri,” katanya seperti dilapor media.

Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, para pejuang reformasi tidak seharusnya memfokuskan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sistem kehakiman dan tatakelola semata-mata.

Sebaliknya, sistem federalisme yang diwarisi sejak penjajahan juga perlukan pembaharuan memandangkan ada di antaranya tidak lagi relevan.

“Mulakan dengan isu hasil cukai yang perlu dikongsi kepada negeri,” katanya.

Semalam, beliau membuat kenyataan menyokong permintaan kerajaan Johor agar 30 peratus hasil cukai negeri dikembalikan kepada negeri berkenaan.

Advertisements

Katanya, selama ini kerajaan Pusat hanya melayan permintaan Sabah dan Sarawak, justeru tidak menjadi kesalahan jika Johor juga membuat permintaan khusus.

“Ini bukan soal Sabah dan Sarawak ada MA63 (Perjanjian Malaysia 1963). Ini soal “keperluan, kebolehan dan empowerment”. Ia tidak lari dari konsep federalisme.

“Johor ada “keperluan” mendesak untuk sistem pengangkutan awam dan infrastruktur canggih. Matlamat Maju Johor 2030 adalah real,” katanya.

Pada Selasa, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus dari hasil cukai negeri patut diberikan kepada Johor.

Menurut Onn Hafiz, permohonan yang dibuat sejajar dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail baru-baru ini.

Ahad lalu, Tunku Mahkota Ismail dilaporkan mencadangkan Johor untuk mewujudkan Gabungan Bangsa Johor supaya sentimen politik dan kepentingan negeri ini diputuskan oleh rakyat Johor dan bukan orang luar.

Baginda turut bertitah, Gabungan Bangsa Johor itu boleh memperbaiki sistem dalam negeri ini demi kepentingan kehidupan generasi akan datang supaya lebih terpelihara.

“Kita perlu lihat kepentingan sesuatu agenda itu apa yang memberi manfaat kepada negeri kita. Sampai bila Johor nak jadi pengemis.

“Biar Johor jaga kepentingan negeri kita sebab di Putrajaya, mereka tidak faham sentimen keperluan kita, saya nak tengok yang bangunkan negeri ini anak-anak Johor, bukan orang lain.

“Kalau kita ada Gabungan Bangsa Johor macam parti politik di Sarawak, jika Sarawak boleh buat, kita pun boleh buat. Itu saya harap akan berubah dari segi cara pemikiran dengan ada gabungan ini.

“Jika tidak ubah cara pemikiran kita, saya fikir sampai bila-bila Johor akan jadi pengemis, sampai bila-bila Johor kena minta permohonan, itu pun tengok juga kalau kita ini jadi keutamaan atau tidak,” titah baginda ketika sesi podcast secara langsung dalam program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua kapal dagang berlanggar, Maritim Malaysia aktifkan Carilamat

DUA buah kapal dagang dilapor telah berlanggar di 25 batu nautila timur laut Tanjung Balau, Sedili, Johor kira-kira pukul...

Lagi Artikel Berkaitan