25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sarawak berdepan peningkatan kes Covid-19 – Dr Noor Hisham

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Sarawak dijangka mengalami peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Ro) pada kadar 1.45.

Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar Ro 1.45 itu jauh lebih tinggi daripada kadar kebangsaan iaitu 1.13.

NOOR HISHAM ABDULLAH – Foto Bernama

Menurutnya, di Sarawak lima daerah berada di zon merah.

“Kadar kebolehjangkitan Ro/Rt di Sarawak adalah 1.45 iaitu lebih tinggi daripada kadar kebangsaan 1.13,” tulisnya di Facebook malam tadi.

Mengikut data Kementerian Kesihatan Malaysia, lima daerah di Sarawak yang berada dalam zon merah adalah Kuching, Miri, Sibu, Kanowit dan Beluru.

Advertisements

Dua daerah iaitu Dalat dan Sebauh berada dalam zon jingga.

Semalam, Sarawak mencatatkan 203 kes harian Covid-19 baharu disumbang oleh 141 kes saringan sedia ada dan 62 kes lain-lain saringan.

Bagaimanapun, kerajaan mengecualikan Sarawak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dikuatkuasakan hampir semua negeri.

Dr Noor Hisham dalam pada itu memberitahu, di Semenanjung Malaysia, sudah tidak ada daerah dalam zon hijau kecuali satu iaitu di Bandar Bahru, Kedah. 

“Ternyata semakin banyak daerah menjadi zon merah,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan