29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Zahra tidak sabar ke sekolah menengah, bertemu rakan baharu

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

SEPERTI pelajar sekolah yang lain, adik Zahra Firdaus, 13, juga tidak sabar untuk kembali ke sekolah apabila memasuk sesi persekolahan yang baharu lebih-lebih lagi dia mula mengharungi kehidupan sebagai pelajar sekolah buat kali pertama.

Namun harapannya untuk bertemu rakan-rakan baharu di sekolah menengah tertangguh ekoran wabak Covid-19 yang masih merebak dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa sesi persekolahan tahun ini bermula secara online.

Pun begitu dia akur dengan keadaan tetapi jelas masih berharap agar dia dapat kembali ke sekolah secara normal secepat mungkin. Begitu juga dengan ibu bapanya.

“Saya harap kes Covid-19 dapat segera berakhir dan kami dapat mengikuti sesi persekolahan seperti biasa. Walaupun sesi pembelajaran diteruskan secara online tapi saya tak sabar untuk bertemu guru dan rakan-rakan baharu di sekolah menengah,” katanya.

Bapanya, Firdaus Abdul, 42, berkata, walaupun sesi pembelajaran terpaksa dijalankan secara dalam talian namun dia percaya dengan keupayaan guru-guru untuk mengendalikan kelas secara maya.

Katanya, mujur sesi pendaftaran dan orientasi pelajar baharu sudah dijalankan sebelum PKP dilaksanakan dan buku-buku teks telah diedarkan kepada semua pelajar.

“Jadi bila diadakan pembelajaran dalam talian ini, Zahra tak ada masalah kerana bahan-bahan sudah mencukupi. Gurunya juga menyediakan bahan-bahan tambahan yang boleh dimuat turun,” katanya.

Sesi persekolahan bagi 2021 dimulakan hari ini di seluruh negara tetapi hanya pelajar yang menduduki peperiksaan utama sahaja yang dibenarkan hadir ke sekolah secara normal.

Manakala para pelajar lain dilangsungkan secara online dan dijangka mereka akan dapat kembali ke sekolah pada Mac tahun ini. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan