31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

2 warga Bangladesh positif Covid-19 cuba naiki pesawat ditahan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sikap tidak peduli dua warga Bangladesh tetap mahu menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air mereka meskipun positif Covid-19 menimbulkan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu yang berusia 20-an itu ditahan ketika hendak mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan Malindo Air pada pukul 9 malam.

Difahamkan ketika hendak mendaftar masuk, petugas di kaunter berkenaan meminta slip ujian saringan Covid-19 kepada dua individu terbabit.

Namun pemeriksaan mendapati mereka positif Covid-19.

Tindakan dua lelaki itu sekali gus merisikokan petugas yang menjaga pintu masuk di KLIA.

Advertisements

Menurut sumber, kedua-dua warganegara Bangladesh itu menyerahkan ujian slip saringan Covid-19 yang dilakukan di sebuah klinik swasta.

Katanya, prosedur bagi penerbangan antarabangsa memerlukan penumpang menunjukkan hasil ujian saringan Covid-19 sebelum mereka mendaftar masuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

“Anggota polis yang membuat rondaan ketika itu sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

“Kedua-dua warga Bangladesh itu sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan susulan,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan