26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM umum pakej bantuan PERMAI bernilai RM15b

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dalam usaha memulihkan ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin berkata, pakej bantuan PERMAI itu adalah bernilai RM15 bilion.

“Secara amnya, pakej bantuan PERMAI menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu: Memerangi Wabak COVID-19; Memelihara Kebajikan Rakyat; dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan,” katanya, di sini hari ini.

Muhyiddin selain itu berkata, kerajaan menyediakan dana tambahan RM1 bilion merangkumi RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi lain.

Katanya, penyediaan peruntukan itu menumpukan kepada bekalan antaranya tambahan reagen dan kit saringan serta kelengkapan perlindungan diri (PPE) terutama kepada petugas kesihatan.

Berikut antara bantuan yang diumumkan Perdana Menteri ketika pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial:

*Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini.

*Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.

*Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.

*Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.

*JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.

*Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.

*Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan.

*Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.

*Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac.

*Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.

*Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

*KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir.

*Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.

*Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang.

*Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.

*Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus.

*Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir.

*RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan