29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Noor Azreyanti, wanita pertama dilantik pengarah zon Maritim Malaysia

Mesti Baca

ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencatat sejarah baharu apabila melantik wanita pertama agensi itu sebagai Pengarah Zon Maritim yang akan menerajui Zon Maritim Kuala Kedah.

Noor Azreyanti  Ishak

Pelantikan Komander Maritim Noor Azreyanti  Ishak diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook Maritim Malaysia, hari ini.

Menurut kenyataan Maritim Malaysia, pelantikan Azreyanti, 36, tahun sebagai Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah adalah satu gambaran keterbukaan pengurusan Agensi itu dalam pelantikan dan kenaikan pangkat seseorang pegawai dan anggota tanpa diskriminasi jantina.

Katanya, Agensi itu sebaliknya meletakkan pencapaian prestasi individu sebagai ukuran jabatan.

Sebelum ini Azreyanti bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya sebagai Penolong Pengarah Kanan.

Dalam pada itu, Azreyanti berkata, beliau akan berusaha meneruskan kecemerlangan Zon Maritim Kuala Kedah dengan meningkatkan lagi penguatkuasaan serta usaha bagi memastikan kadar jenayah di perairan Kuala Kedah berada pada tahap yang rendah. 

Majlis Serah Terima Tugas antara bekas Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad kepada Noor Azreyanti disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah & Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan