31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Banjir, Covid-19: Najib syor permulaan sesi persekolahan ditangguh

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan sesi persekolahan bagi tahun 2021 yang bermula pada 20 Januari ini ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina.

Najib berkata, pandangan beliau itu adalah berdasarkan keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini masih belum reda selain situasi Covid-19 yang semakin teruk.

Malah katanya, ada ura-ura kerajaan hendak melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketat di beberapa negeri zon merah.

“Kita boleh ganti hari sekolah yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (9 hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari),” jelasnya dalam hantaran Facebook, hari ini.

31 Disember lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari.

Advertisements

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat kerana ramai ibu bapa yang risau anak-anak mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.

“Dengan mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November lalu,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, pembukaan bagi institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM bagi sesi 2021 adalah tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Bagi yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021,” katanya.

Bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing. 

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan