25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lelaki dakwa tiga kali ditumbuk polis

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Bukan sekali, tetapi tiga kali.Demikian pendedahan mangsa tumbuk oleh seorang anggota polis trafik yang tular hari ini.

Malah, Muhammad Farhan Awang Kafli, 30, mendakwa, apa yang dikatakan anggota polis trafik dalam laporan polis yang dibuatnya adalah tidak benar.

“Tiga kali dia tumbuk muka saya, apa yang dia (anggota polis) nafikan itu adalah tidak benar, sebaliknya dia sudah menumbuk saya dua kali sebelum video itu dirakam,” katanya yang dipetik Harian Metro hari ini.

Satu video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang anggota polis dilihat menumbuk seorang penunggang motosikal yang ditahan di tepi jalan untuk pemeriksaan tular di media sosial, hari ini.

Muhammad Farhan menjelaskan, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum melalui satu sekatan jalan raya (SJR).

Ujarnya, dia mengaku bersalah kerana cuba melarikan diri semasa SJR itu tetapi dia berhenti apabila ditahan.

“Ketika ditahan itu anggota polis berkenaan sudah menumbuk saya sebanyak dua kali, kemudian dia datang lagi merampas kunci motor dan mendakwa saya melanggar kakinya,” katanya lagi.

Muhammad Farhan memberitahu, ketika cuba menjelaskan keadaan dia kemudian ditumbuk sekali lagi dan dilemparkan kata-kata kesat.

Advertisements

“Dia beritahu isteri saya kenapa saya ini bodoh sangat, saya tahu saya melakukan kesalahan namun tindakan dia (anggota polis) itu tidak boleh diterima.

“Saya sudah cuba menjelaskan bahawa saya tidak melanggar kaki dia, namun dia tidak boleh terima dan menumbuk saya,” katanya.

Katanya, dia dan isteri kini sedang membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Saya berharap siasatan yang telus dapat dijalankan kerana tindakan anggota polis itu tidak boleh diterima.

“Sekali lagi saya mengaku saya melakukan kesalahan tetapi tidak boleh menghukum saya dengan cara begitu,” katanya.

Terdahulu, anggota polis trafik yang didakwa menumbuk seorang penunggang motosikal di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini, membuat laporan menafikan perkara itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, satu SJR dilakukan di lokasi itu membabitkan tujuh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 8 hingga 9 pagi tadi.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan