31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Banjir: TNB tutup 306 pencawang elektrik di Pahang

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB)  telah menutup sebanyak 306 pencawang elektrik di negeri Pahang sejak bencana banjir melanda negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, daerah Temerloh yang paling teruk terjejas, mencatat jumlah penutupan pencawang paling tinggi iaitu 65 unit.

”Tenaga Nasional telah berusaha untuk memperbaiki ataupun mendapatkan semula bekalan elektrik di semua kawasan di semua daerah yang terlibat dengan banjir.

“Pihak TNB telah berusaha untuk membuka dalam tempoh tiga hari ini dari empat hari sudah, TNB sedang berusaha dan sekarang ini yang berbaki 106 unit di negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahdzir dalam pada itu berkata, tindakan menutup pencawang perlu bagi memastikan keselamatan pengguna dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.  

Mahdzir berkesempatan menyampaikan sumbangan semasa menziarah rumah kakitangan TNB yang menjadi mangsa banjir.

Tambah beliau, TNB juga mengambil langkah tambahan dengan membekalkan set generator ke kawasan-kawasan terjejas banjir termasuk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“TNB juga telah membekalkan setakat ini genset besar 8, kebanyakan tempat untuk pembekalan sementara elektrik dan juga membekalkan genset-genset kecil yang dihantar, ini tempat yang tak boleh kita pergi, kena pakai bot, kena hantar dengan pengangkutan air,” ujarnya.

Mahdzir selain itu turut menolak dakwaan bahawa semua kawasan mengalami masalah bekalan elektrik.

Sebaliknya tegas beliau, TNB hanya menutup pencawang di kawasan yang terjejas banjir sahaja.

“Tentang beberapa perkara yang ditularkan, jadi saya kira bahawa apapun berkaitan dengan TNB ini eloklah rayuan saya kepada masyarakat supaya merujuk kepada kenyataan rasmi daripada TNB.

“Contoh dikatakan TNB akan tutup bekalan elektrik, jadi yang ditulis dalam media tu sila sediakan lilin, sediakan lain-lain cara lah untuk bekalan di rumah, saya nak katakan bahawa itu adalah kenyataan yang tak betul,” jelas beliau.

Mahdzir selain itu menafikan dakwaan TNB  melepaskan air di empangan kendaliannya di Cameron Highland yang menyebabkan keadaan banjir di negeri Pahang bertambah buruk.

Pengerusi TNB itu berada di Pahang hari ini bagi lawatan kerjanya termasuk menghadiri taklimat situasi banjir di Stesen Pencawang Masuk Utama (PMU) Kuantan Utara.

TNB menyumbang RM250,000 kepada kerajaan Pahang bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Pada lawatan itu, TNB menyumbang sejumlah RM250,000 kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Mahdzir kepada Menteri Besar Pahang,  Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kunjungan hormat di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini. 
Sumbangan itu sebagai sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat TNB bagi meringankan beban mangsa banjir yang terjejas teruk. 

Dalam lawatan kerja itu, Mahdzir turut menziarah rumah kakitangan TNB yang menjadi mangsa banjir serta menyampaikan sumbangan.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan