27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Itu pemikiran pisang goreng’, bidas Khairy kepada SUA UMNO

Mesti Baca

PUTRAJAYA – “Pisang goreng”. Demikian respons Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin merujuk kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa UMNO tidak menyokong Bersatu kerana kerajaan Perikatan Nasional enggan menggugurkan kes mahkamah yang dihadapi pemimpin-pemimpin parti Melayu itu.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang dipetik Astro Awani berkata, kenyataan Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO itu jelas menunjukkan tahap pemikiran yang sempit.

“Kenyataan tersebut kerana kerajaan ini (PN) tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah, itu pemikiran yang goreng pisang (tahap pemikiran) lah. Dulu lobak merak, sekarang ‘pisang goreng’.

“(Maksudnya), tiada alasan yang berkualiti (kukuh),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad menerusi laporan sebuah portal berita, yang mendakwa salah satu sebab utama UMNO tidak puas hati dengan PN adalah kerana tindakan PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, tindakan PN meneruskan ‘kezaliman’ kerajaan terdahulu sebagai tidak wajar, dan menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan ahli UMNO.

Selain Datuk Seri Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2013. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan