25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kerajaan PN ibarat kolek kecil – Tuan Ibrahim

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man percaya majoriti kecil dimiliki kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukanlah masalah besar selagi parti komponen termasuk yang menyokong gabungan politik itu tetap berpadu, sepakat dan tidak menimbulkan pelbagai polemik.

Timbalan Presiden Pas itu dalam hantaran Facebook berkata, ini selepas ada pihak yang mendakwa kedudukan kerajaan yang mempunyai majoriti sangat tipis, memerlukan pilihan raya diadakan segera.

Ujarnya, ia di sebalik fakta Covid-19 dan ancaman banjir masih jadi isu utama bagi rakyat.

“Bagi saya, majoriti kecil tidak menjadi masalah besar (selagi mana tidak melibatkan pindaan perlembagaan) dan semua tetap berpadu, sepakat dan tidak timbulkan pelbagai polemik.

“Kolek kecil yang dinaiki penumpang tidak merbahaya, selagi mana penumpangnya berada dalam keadaan tenang dan tidak mengancam kestabilan kolek.

“Istiqamah dalam perjuangan,” katanya lagi.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu dipercayai merujuk kepada hubungan ‘dingin’ antara UMNO dan  yang semakin parah terutamanya selepas 189 Bahagian-Bahagian UMNO mengusulkan untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.

Antara lain usul itu menggesa supaya Pilihan Raya Umum ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat tertakluk kepada keadaan Covid-19.

Langkah UMNO itu jika menjadi kenyataan dipercayai akan menumbangkan kerajaan PN yang dibentuk sejak Mac lalu selepas kemelut politik berikutan peletakan jawatan Tun Mahathir Mohamad.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan