30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

TNB teroka potensi sistem solar terapung

Mesti Baca

TENAGA Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri Perak untuk meneroka potensi sistem solar terapung di sekitar kawasan Skim Hidroelektrik, Empangan dan Takungan Sungai Perak.

TNB dalam satu kenyataan berkata, ia bakal dilaksanakan menerusi kerjasama TNB dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri Perak, Majuperak Holdings Bhd (MHB) untuk membangunkan projek Taman Solar dengan kapasiti 100 Megawatt (MW) di negeri itu.

“Pertama, kerjasama strategik TNB melalui anak syarikat milikan penuh, TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

“Manakala, kerjasama kedua adalah antara satu lagi anak syarikat milikan penuh TNB, TNB Renewables Sdn Bhd (TRe) dan MHB.

Advertisements

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kolektif untuk menyegerakan peralihan Malaysia kepada sumber tenaga yang lebih bersih dan mampan, sejajar dengan objektif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),” kata kenyataan itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Baharin Din berkata, usaha berwawasan itu adalah selari dengan NETR yang bertujuan untuk memacu Malaysia ke arah masa depan bersumberkan tenaga yang lebih bersih dan mampan.

“Kerjasama strategik dengan entiti kerajaan Perak menandakan komitmen kolektif untuk mempercepatkan peralihan kepada tenaga mesra alam,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Semua IPM akan dibudayakan dengan Hadis 40 Imam Nawawi

KESEMUA institusi pendidikan MARA (IPM) dicadang membudayakan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai usaha melahirkan generasi ulul-albab muda Islam, cerdik...

Lagi Artikel Berkaitan