27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Alami gangguan pelik, Cat Farish dan isteri tidak dapat berniaga

Mesti Baca

PENYANYI dan pelakon, Cat Farish berkongsi beberapa gangguan pelik dialami yang membuatkan dia dan isteri tidak dapat meneruskan perniagaan mereka buat masa ini.

Cat berkata, perkara itu menimbulkan tanda tanya buat mereka berdua sehingga memaksa mereka melupakan hasrat untuk meneruskan aktiviti penjualan popia cekodok pisang buat ketika ini.

Katanya, keputusan itu dibuat apabila melihat keadaan terus berulang setiap kali dia berniaga di tapak karnival.

“Ada kejadian yang tidak menyeronokkan berlaku. Kami diuji dengan sesuatu hal yang menyebabkan saya dan isteri tarik diri dan tidak jadi berniaga di tapak karnival.

“Buat sementara ini kami memilih hanya berniaga di rumah sahaja,” katanya.

Cat berkata, sejak tiga bulan lalu pelbagai kejadian aneh mereka alami.

Disebabkan kejadian itu juga, perniagaan mereka terganggu dan jualan tidak bagus seperti sebelum ini.

“Ada yang cakap ini mungkin berpunca daripada perbuatan orang. Ada pula yang kata kami mungkin ‘terkena’ dalam salah satu acara kami sertai.

Advertisements

“Biasanya jualan kami cecah kira-kira 200kg hingga 300kg pisang, tapi sekarang hendak laku 50kg pun belum tentu,” katanya lagi ketika ditemui pada sidang media pengumuman Malaysia Hobby Expo 2023 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, pada awal dia tidak mempercayai perkara itu namun mula merasa sesuatu selepas menemui banyak wang syiling di salah satu gerai jualannya di Kedah.

“Apabila dirujuk, ada yang mengatakan ia antara tanda seseorang menghantar ‘sesuatu’.

“Bukannya saya percaya hal-hal berkaitan wang syiling ini, tapi memang tidak masuk akal. Kami tidak gunakan wang syiling yang banyak apatah lagi dari Thailand.

“Apabila dirujuk perkara itu kepada ustaz, dia minta saya ambil syiling dengan tangan yang berlapik kemudian kumpulkan dan tutup,” katanya.

Katanya lagi, banyak insiden berlaku yang turut membabitkan pekerja dan isteri, Shikin Maembong.

“Pekerja kami mengalami bengkak-bengkak di kaki, sementara isteri yang sudah lama tidak terkena serangan asma kembali mengalami gejala itu sehingga memerlukan bantuan pernafasan.

“Saya sedih dan menangis kerana ia membabitkan usaha dalam perniagaan,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan