28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Cedera ketika Op Tapis, pegawai polis terima 19 jahitan

Mesti Baca

SEORANG pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut, Pahang, menerima 19 jahitan selepas cedera di bahagian muka akibat terjatuh ketika hendak menahan suspek semasa Op Tapis Khas, Isnin lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Inspektor Awang Ridhuan Awang Jamaluddin, 34, menahan kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki di Bandar Pusat Jengka.

Beliau berkata semasa mangsa hendak menjalankan pemeriksaan, suspek memecut kenderaan terbabit menghala ke Temerloh dan mangsa bertindak mengekori kereta suspek sebelum lelaki itu memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan cuba melarikan diri.

“Mangsa mengejar suspek dan terjatuh sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka serta tangan.

“Suspek berjaya melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Yahaya berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek iaitu Mohd Yunuf Mohd Kapli, 40, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh melalui talian 09-2716222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, beliau berkata menerusi Op Tapis berkenaan yang dijalankan selama tiga hari bermula Isnin di seluruh Pahang, sebanyak 424 individu termasuk 13 wanita berumur antara 19 hingga 60 tahun ditahan kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

Katanya, pelbagai jenis dadah turut dirampas dengan anggaran nilai lebih RM37,900 dan jumlah sitaan kenderaan sebanyak RM24,000.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini pula, Yahaya berkata pihaknya menahan 12,042 individu yang terbabit dalam kesalahan berkaitan dadah dengan nilai rampasan yang direkodkan sebanyak RM2.3 juta, manakala nilai sitaan pelbagai barangan berjumlah lebih RM2.4 juta. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan