Sunday, June 14, 2026

Lebih 43,000 penduduk hilang tempat tinggal di Filipina

Mesti Baca

LEBIH 43,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka dan seorang maut selepas hujan lebat yang mengakibatkan banjir di seluruh Filipina tengah.

Pasukan penyelamat menggunakan bot dan tali untuk membantu mangsa yang terperangkap di rumah mereka di Samar Utara, salah satu wilayah paling teruk dilanda banjir, di mana kampung dan pekan ditenggelami air selepas hujan selama seminggu.

Hujan bulanan di Catarman adalah sekitar 450 milimeter (mm) tetapi semalam sebanyak 619 mm, dengan air berlumpur membanjiri pusat beli-belah, rumah dan bangunan komersial.

Menurut agensi bencana negara, lebih 43,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka sementara menunggu air surut.

Ketua bencana tempatan, Pedro Balanquit, berkata seorang wanita maut di Pambujan, Samar Utara selepas dihempap pokok ketika tanah runtuh.

“Sungai-sungai masih melimpah kerana air dari pergunungan mengalir ke sana. Banjir mencecah hingga kr puncak rumah dua tingkat,” katanya.

Filipina mengalami kira-kira 20 ribut besar setahun dan disenaraikan antara negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim. -Agensi

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan