31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Sukar nilai potensi sebenar pelajar tanpa UPSR – Asyraf

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POTENSI atau kebolehan sebenar seseorang pelajar sukar dinilai tanpa penilaian berpusat seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemansuhan peperiksaan tersebut turut memberi impak kepada proses pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Tanpa sistem penilaian berpusat seperti UPSR sukar untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar.

“Salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke MRSM rendah juga disebabkan tiadanya UPSR,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Kerajaan sebelum ini memutuskan memansuhkan sepenuhnya UPSR bermula 2021 manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) juga turut dibatalkan pada tahun yang sama.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan mengembalikan UPSR biarpun ada permintaan daripada ibu bapa yang mahu satu penanda aras pencapaian anak mereka.

Katanya, tumpuan ketika ini ialah Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dalam membangunkan kurikulum baharu, bagi memastikan pendidikan masa depan yang lebih baik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan