26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Ombak besar: Polis pertimbang tutup laluan ‘Miami Beach’

Mesti Baca

KUALA TERENGGANU – Laluan kedua-dua hala di Pantai Seberang Takir atau lebih dikenali dengan Miami Beach dekat Kuala Nerus akan ditutup jika orang ramai terus berkunjung untuk melihat fenomena ombak besar.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din yang dipetik Astro Awani berkata, langkah yang dilakukan itu bagi menggelakkan kesesakan di sepanjang laluan berkenaan serta membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Katanya, setakat ini laluan dari arah Pantai Teluk Ketapang ke jambatan angkat ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula Jumaat hingga Ahad ini.


“Sekiranya malam ini terus berlaku lagi fenomena yang sama seperti semalam dan mungkin membahayakan pengguna jalan raya dan mendatangkan kesesakan teruk, kita akan tutup laluan dari arah muara utara menghala ke arah Bulatan Teluk Ketapang.


“Jalan sini kita dah tutup tapi sebelah sana tu sebab kita tahu orang ramai akan tetap melalui jalan ini untuk melihat fenomena (ombak besar).

Advertisements


“Maknanya dua-dua hala ini kita akan tutup,” kata Abdul Rahim.


Beliau berkata selain Pantai Seberang Takir, penutupan jalan turut dilakukan di Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit.


Katanya, setakat ini penutupan dilakukan selama tiga hari bermula Jumaat namun ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa.


Jelasnya, keadaan itu bukan hanya boleh menyebabkan kesesakan jika pengguna memberhentikan kenderaan di bahu jalan tetapi turut berbahaya apabila mereka menghampiri pantai.

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan