23.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

Pemuda UMNO dakwa Bersatu galak ‘curi’, ‘beli’ ahli bermodalkan RM100

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa sedang galak ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli akar umbi UMNO di seluruh negara dengan membayar RM100 kepada mereka.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sejak beberapa bulan ini, banyak sekali aduan dan keresahan di kalangan ahli dan pimpinan UMNO akar umbi seluruh negara mengenai aktiviti Bersatu itu.

“Ada yang mengaku bahawa setiap yang menyertai PPBM (Bersatu) dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukkan RM3,000 sehingga RM5,000.

“Fenomena ‘curi’ dan ‘beli’ ahli UMNO jika diteruskan sebegini akan mengesahkan segala persepsi dan dakwaan selama ini bahawa matlamat PPBM ditubuhkan dan gabungan besar Parti Perikatan Nasional diwujudkan hanyalah untuk melemahkan dan menggantikan UMNO.

“Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini berpendirian dan mendesak dihentikan segera sebarang usaha untuk bersaing mencuri dan membeli ahli antara satu sama lain jika masih ingin melihat kerjasama UMNO dan Bersatu dalam Kerajaan Perikatan Nasional kini diselamatkan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Asyraf selain itu berkata, ketika suasana hubungan UMNO-Bersatu di akar umbi semakin panas dan getir lantaran perebutan dan ‘kecurian’ ahli yang semakin menjadi-jadi, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak wajar menambahkan lagi minyak ke dalam api yang sedang membara.

Baca juga:   Bersatu kumpul dana RM2 juta bantu mangsa banjir

Menurutnya, kenyataan pimpinan tertinggi PPBM yang semacam tiada rasa bersalah bahkan mempertahankan kemasukan ahli UMNO ke dalam PPBM atas dasar ‘keterbukaan’ dan alasan di bawah satu ‘bumbung Perikatan Nasional’ hanya akan menyebabkan hubungan UMNO-PPBM makin meruncing dan membarah.

Baca juga:   Bersatu kumpul dana RM2 juta bantu mangsa banjir

“Seharusnya dalam suasana permuafakatan Kerajaan yang terbentuk, dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari titik-titik persefahaman dan merungkai segala bentuk perbezaan termasuk menghentikan sebarang usaha melemahkan antara satu sama lain demi agenda penyatuan lebih besar.

“Ambillah juga ibrah pengajaran bagaimana runtuhnya kerjasama UMNO-Pas dalam Barisan Nasional, lantaran persaingan berebut ahli yang semakin parah sepanjang 1974-1977, mengakibatkan terpisahnya dua parti terbesar orang Melayu sehingga melarat kepada persengketaan puluhan tahun,” katanya.

Asyraf berkata, daripada Bersatu mengerahkan segala peruntukan dan sumber dana besar parti untuk menubuhkan cawangan, adalah lebih baik mereka memanfaatkannya dengan penggemblengan parti-parti rakan kongsi seperti UMNO dan PAS untuk aktiviti bantu rakyat di peringkat akar umbi secara bersama. 

“Apatah lagi hampir semua Ahli Parlimen PPBM ketika ini termasuk yang ‘lompat’ daripada UMNO berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

“Seharusnya fokus untuk digemblengkan segala sumber untuk bantu rakyat yang sedang susah dan resah memikirkan kelangsungan hidup dalam suasana Pandemik ketika ini,” tambahnya.

Baca juga:   Armada komited sokong keputusan ditetapkan kerajaan

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan