28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Pihak berkuasa Australia dakwa syarikat pengendali belon istana

Mesti Baca

PIHAK berkuasa Australia mendakwa pengendali belon istana ekoran tragedi pada 2021 yang mengakibatkan enam kanak-kanak terbunuh selepas angin kencang mengangkat salah satu struktur permainan belon itu ke udara.

Pengawal selia kesihatan dan keselamatan kerja di negeri Tasmania, Robyn Pearce, berkata syarikat itu, Taz-Zorb, didakwa melanggar undang-undang kesihatan dan keselamatan.

Pada Disember 2021, angin kencang meniup istana belon ke udara pada pesta sekolah akhir penggal, membunuh enam kanak-kanak berumur antara 11 dan 12 tahun.

Pihak berkuasa ketika itu berkata, kanak-kanak itu tercampak dari ketinggian kira-kira 10 meter (33 kaki), yang memetik laporan saksi awal.

Advertisements

Pearce dalam satu kenyataan berkata, pendakwa raya memfailkan aduan, mendakwa Taz-Zorb ‘mendedahkan kanak-kanak itu kepada risiko kematian atau kecederaan serius’.

“Sepanjang tahun lalu saya terus berjumpa dengan keluarga kanak-kanak yang meninggal dunia atau cedera dalam kejadian ini dan sekali lagi ingin mengucapkan takziah kepada setiap daripada mereka,” katanya.

Pendakwaan boleh mengakibatkan syarikat itu dihukum dengan denda sehingga A$1.5 juta (AS$970,000, RM4.53 juta) atas dakwaan kesalahan itu. -Agensi

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan