27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

‘Jangan sorok benih padi’, amaran Mohamad Sabu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Mohamad Sabu memberi amaran kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya menyorok benih padi.

Tegas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, beliau tidak akan benarkan mana-mana pihak untuk menekan kementerian dengan hal benih padi.

“Ini adalah isu yang berkait dengan makanan seluruh rakyat Malaysia,”katanya.

Terdahulu beliau melakukan pemantauan di Chantika Kelang Beras Sdn Bhd yang terletak di Mukim Tajar, Langgar, Kedah.

Mohamad berkata, kementerian sentiasa memandang serius terhadap setiap laporan yang diterima dan tindakan akan diambil bagi mengatasi gangguan yang berlaku.

Advertisements

“Saya ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua pihak agar jangan ada berlaku sorokan benih padi sehingga menyusahkan semua pihak. Ini amaran kepada semua,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad turut menjalankan pemantauan di kilang OBL Maju Sdn Bhd (Pengeluar Benih Padi Sah) di Kodiang, Kedah.

Menerusi hantaran terdahulu, katanya, petang ini beliau turun ke negeri Kedah untuk memantau dan melihat sendiri situasi terkini bekalan padi benih sah di kilang.

“Pemantauan ini dijalankan hasil aduan dari para petani berkaitan dengan isu benih padi yang mengalami sedikit gangguan ketika ini.

“Saya dan kementerian akan mengikuti rapat situasi ini dan Insya-Allah ganggaun bekalan benih padi sah ini akan kembali pulih dalam sedikit masa lagi,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan