32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Pesawat tentera AS terhempas di timur laut Mediterranean

Mesti Baca

SEBUAH pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di timur Laut Mediterranean, menurut US European Command (USEUCOM) pada Sabtu.

USEUCOM berkata, pesawat yang menjalankan latihan itu terhempas pada Jumaat malam, lapor Agensi Anadolu.

“Bagi menghormati keluarga mangsa, kami tidak akan mengeluarkan maklumat lanjut mengenai kakitangan yang terbabit buat masa ini,” katanya.

Advertisements

USEUCOM berkata, pihaknya sedang menyiasat punca nahas itu.

Sejak konflik di Semenanjung Gaza tercetus, tentera AS melakukan penempatan intensif di Mediterranean, termasuk dua kapal pengangkut pesawat dan memulakan latihan di rantau itu. –Agensi

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan