Saturday, June 13, 2026

Kematian kucing pada pintu automatik bank dipercayai ada unsur khianat

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kematian seekor kucing yang mati tersepit pada pintu automatik (roller shutter) ruangan mesin ATM sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru Johor hari ini dipercayai ada unsur khianat.

Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menerusi hantaran Facebook berkata, kematian kucing itu seolah-olah disengajakan dengan cara menahan haiwan berkenaan ketika pintu automatik turun secara perlahan menutup pintu ruangan ATM.

Kucing yang mati tersepit pada pintu automatik ruang ATM sebuah bank di Johor Bahru, hari ini. Foto FACEBOOK ANIMAL MALAYSIA

Tegas Animal Malaysia, kucing tidak akan tunggu di sesuatu lokasi jika berlaku bunyi bising.

“Sudah tentu bunyi roller shutter kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan kucing akan berlari pergi. Seolah-olah badan kucing sengaja ditahan hingga leher kucing tersepit,” tulis hantaran Animal Malaysia di Facebook hari ini.

Animal Malaysia berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 4.30 pagi selepas orang ramai menyedari kematian kucing tersebut pada pukul 3 pagi.

Ujarnya, selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak bank, mana-mana individu yang ada melihat kejadian itu khasnya semasa pintu automatik tertutup diminta  berkongsi maklumat kepada Animal Malaysia di www.wasap.my/+601120901097 dengan segera. 

“Kejadian sememangnya berlaku pukul 12.00 tengah malam sesuai waktu penutupan pintu secara automatik. Setiap bank akan menutup pintu shutter di ATM bermula pukul 12.00 malam dan hanya akan membukanya semula pukul 6.00 pagi,” katanya.

Animal Malaysia menambah, tindakan pantas dan kerjasama boleh memberi keadilan kepada kucing jika benar dizalimi.

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan