32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

NGO kutuk tindakan cucuh mercun pada dubur kucing

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIADA hati perut. Itu yang boleh disimpulkan ke atas tindakan individu tertentu yang menganiaya binatang dengan mencucuh mercun secara sengaja pada dubur seekor kucing.

Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) yang berkongsikan rakaman video yang sengaja dirakam itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim tersebut.

Menurutnya, perlakuan sewenangnya menzalimi haiwan menunjukkan tamadun dan mentaliti sesebuah bangsa.

“Apa dosa seekor kucing ini kepada diri dan keluarga pelaku hingga sanggup mencucuh mercun secara sengaja ke dalam dubur kucing tersebut sambil ketawa menghiburkan.

“Animal Malaysia mengutuk perbuatan zalim mencucuh mercun ke dubur kucing yang tidak mengerti apa-apa dan menuntut kerajaan negara pelaku tersebut mengambil tindakan menangkap dan menghukum dengan seberat-beratnya penjenayah haiwan ini,” katanya hari ini.

Bagaimanapun Animal Malaysia berkata, insiden itu dipercayai berlaku di luar negara, namun ia merupakan contoh yang tidak baik dan tidak perlu diikuti.

“Sekiranya berlaku di Malaysia pelaku berdepan hukuman minimum satu tahun dan maksimum tiga tahun penjara serta denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000.

Sehubungan itu, orang awam boleh melaporkan kes-kes jenayah haiwan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan