28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pendaftaran palsu, cuba sogok Maritim Malaysia: 45 kru, 3 bot nelayan Vietnam ditahan

Mesti Baca

KUANTAN – Sudah lah menggunakan nombor pendaftaran palsu, nelayan Vietnam semakin bertindak keterlaluan apabila cuba merasuah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kejadian dekat perairan Kuala Pahang, semalam.

Namun, integriti tinggi anggota Maritim Malaysia memastikan usaha nelayan itu untuk melepaskan seramai 45 kru Vietnam dan tiga bot mereka dengan suapan RM2,000 tidak kesampaian.

Bot nelayan Vietnam menggunakan nombor pendaftaran palsu. Foto FACEBOOK MARITIM MALAYSIA

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, kejadian itu berlaku semalam membabitkan tiga bot nelayan asing yang menceroboh perairan Pahang di kedudukan lebih kurang 64 batu nautika timur Kuala Pahang.

Bagaimanapun katanya, kesemua bot itu berjaya ditahan KM LANGKAWI milik Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Kuda Laut kira-kira pukul 7.00 pagi.

Menurutnya, salah satu bot nelayan terbabit cuba mengaburi pihak penguat kuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran disyaki palsu iaitu JHF 8758 T, manakala dua bot lagi dengan nombor pendaftaran KG 95186 TS dan KG 94790 TS.
 “Berdasarkan nombor pendaftaran dan ciri fizikal bot-bot berkenaan adalah dipercayai bot nelayan asing Vietnam. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas ketiga-tiga bot berkenaan menemukan muatan dianggarkan seberat 3 tan hasil laut serta bekalan diesel sebanyak 14,000 liter.  

“Tiga bot tersebut dikendalikan 45 kru termasuk tiga tekong berumur lingkungan 17 hingga 53 tahun yang kesemuanya warga Vietnam dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Amran dalam pada itu berkata, salah seorang tekong cuba merasuah anggota Maritim Malaysia dengan tawaran RM2000 bagi membebaskan mereka serta bot daripada ditahan.

Namun katanya, integriti yang tinggi anggota penguatkuasa Maritim Malaysia telah menolak cubaan rasuah tersebut dan menahan kesemua nelayan terbabit.

“Kita sentiasa memastikan anggota Maritim Malaysia melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti.
 “Keseluruhan barang rampasan termasuk bot, peralatan menangkap ikan serta bekalan diesel dianggarkan bernilai hampir RM3 juta. 

Amran sementara itu berkata, semua bot dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman, manakala 45 kru ditahan dan menjalani saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pengenalan diri yang sah.
 “Jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga tekong boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM6 juta setiap seorang manakala semua awak-awak boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM600 ribu setiap seorang,” katanya.

Amran menambah, sehingga hari ini Maritim Negeri Pahang telah melakukan 3,030 pemeriksaan dan 40 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan