29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Sepanyol rampas barang kemas purba bernilai 60 juta euro

Mesti Baca

SEPANYOL telah merampas artifak emas purba bernilai 60 juta euro (RM304.88 juta) yang dicuri dari Ukraine selepas pencuri berjaya ditangkap ketika cuba menjualnya di Madrid, kata polis Sepanyol.

Antara artifak emas purba yang dirampas termasuklah rantai, gelang, anting-anting yang wujud sejak zaman Greco-Scythian antara abad ke-8 dan ke-4 SM, kata polis.

Barangan itu dipamerkan di muzium Kyiv antara tahun 2009 hingga 2013 sebelum dibawa keluar dari Ukraine pada 2016, kata Polis Negara Madrid dalam satu kenyataan, tanpa menamakan muzium berkenaan.

Advertisements

Polis berkata, dokumen artifak itu dipalsukan dan menjadikan ia seolah-olah milik Gereja Ortodoks Ukraine.

Lima individu iaitu tiga warga Sepanyol serta dua lagi warga Ukraine ditangkap untuk siasatan lanjut. -Agensi

Advertisements

Terkini

Waspada tawaran pakej haji murah, elak kena ‘scam’

UMAT Islam di negara ini dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran pakej haji bagi tahun ini bagi mengelak menjadi mangsa...

Lagi Artikel Berkaitan