25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Jaringan lewat Joselu bawa Sepanyol ke final

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG gantian, Joselu muncul wira Sepanyol apabila jaringannya tiga minit sebelum perlawanan ditamatkan membawa skuad La Roja ke final Liga Negara Negara UEFA selepas menundukkan Itali 2-1 awal pagi tadi.

Skuad kendalian, Luis de la Fuente itu akan bertemu Crotia Sabtu ini di Rotterdam bagi penentuan juara sementara Itali bakal menentang Belanda untuk penentuan tempat ketiga.

Sepanyol membuka jaringan seawal minit ketiga apabila Yeremy Pino memanfaatkan kesilapan Leonardo Bonucci menerusi penyudah yang menarik sambil Gianluigi Donnarumma telahpun tertewas.

Bagaimanapun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila skuad Azzurri dihadiahkan sepakan penalti selepas hantaran silang Nicolo Zaniolo terkena tangan Robin Le Normand.

Advertisements

Penyerang berpengalaman berusi 33 tahun, Ciro Immobile tidak mempunyai masalah menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol pertamanya dalam dua tahun ketika bersama Itali.

Ketika perlawanan seakan akan dilanjutkan ke masa tambahan, Joselu hadir menjadi wira La Roja.

Bermula dengan percubaan pemain tengah, Rodri dari luar kawasan penalti yang yang kemudiannya terbias dua pemain, Joselu bijak masuk melepasi perangkap offside untuk meletakkan bola ke dalam gawang sekali gus membawa Sepanyol ke final.

Ini merupakan peluang terbaik La Roja untuk meraih trofi Liga Negara Negara UEFA selepas tewas 2-1 kepada Perancis dalam final di edisi 2020-21 yang dilangsungkan di Itali. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan