28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

DBKL tutup tapak pembinaan di Taman Mutiara Cheras

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberhentikan aktiviti pembinaan dengan membuat penutupan di sebuah tapak pembinaan dalam Operasi Bersepadu Tapak Pembinaan Siri 8/2023 di Taman Mutiara Barat Cheras, Kuala Lumpur, tengahari semalam.

Operasi bersepadu kali ini, DBKL mendapat kerjasama agensi sahabat yang terdiri daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) dalam melaksanakan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang masing.

DBKL menerusi kenyataan berkata, pemeriksaan dikawasan tapak pembinaan berkenaan dibuat secara menyeluruh dibahagian dalam dan luar pembinaan bagi menentukan tahap kebersihan, keselamatan dan permit kebenaran serta memastikan segala peraturan di tempat pembinaan senantiasa di patuhi oleh kontraktor dan pemilik syarikat.

“Sejumlah 90 orang pekerja pembinaan telah ditahan bagi pemeriksaan secara menyeluruh berkaitan dokumentasi perjalanan dan permit kerja yang berkaitan.

“Pemeriksaan melibatkan 64 orang warga Bangladesh, 14 orang warga India, 6 orang warga Myanmar dan 6 orang warga Pakistan oleh pihak JIM.

Advertisements

“Dalam pemeriksaan terbabit, DBKL memberhentikan aktiviti pembinaan dengan membuat penutupan tapak pembinaan (sealed) ini menerusi Seksyen 70, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan mengeluarkan tiga notis kompaun di dalam kawasan pembinaan berkaitan mendirikan struktur tanpa kebenaran (batching plant) dan kekotoran kawasan pembinaan,”katanya.

DBKL berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan berat, permit mengangkut bahan dan struktur bangunan dengan kerjasama dari jabatan dalaman melibatkan Jabatan Pembangunan Kemajuan (JPK), Jabatan Integriti (JIT), Jabatan Perancangan Infrastruktur (JPIF) dan Jabatan Kawalan Bangunan (JKB).

“Sementara itu, daripada pihak SWcorp membuat pemeriksaan berkaitan pengurusan bahan, sisa binaan berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan pemeriksaan DOSH melalui Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 melibatkan pelbagai isu serta kesalahan-kesalahan am yang dikuatkuasakan,”katanya.

Ujar DBKL, operasi bersepadu ini akan diteruskan mengikut kawasan parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan