32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

9 buah sekolah konsep K9 akan ditubuh – Fadhlina

Ia dapat membantu membasmi keciciran dalam kalangan murid terutamanya di kawasan pedalaman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK sembilan buah sekolah baharu berkonsep Sekolah Komprehensif 9 (K9) akan ditubuhkan dan seterusnya diperluaskan di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Sekolah K9 adalah inisiatif strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyediakan peluang pendidikan bermula dari Prasekolah hingga Tingkatan 3 dalam sekolah yang sama.

“Ia dapat membantu membasmi keciciran dalam kalangan murid terutamanya di kawasan pedalaman disebabkan faktor seperti jarak rumah dari sekolah, keadaan muka bumi yang mencabar dan kemiskinan,”katanya.

Semalam, Fadhlina telah merasmikan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru sebagai Sekolah Komprehensif 9 (K9) pertama di negeri Kelantan.

Advertisements

Fadhlina berkata, seperti yang diumumkan pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023, KPM komited memastikan inisiatif Sekolah K9 dan K11 diperkasakan.

Katanya, ini selaras dengan teras utama yang diperjuangkan KPM untuk mengatasi keciciran pendidikan, masalah literasi serta merapatkan kesenjangan pendidikan.

“Selain SK Pulau Beluru dan sekolah-sekolah lain sedia ada, peluasan Sekolah K9 dan K11 diteruskan lagi dengan penubuhan sembilan buah sekolah baru konsep sama di seluruh negara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelaburan RM10.5 bilion bukti Microsoft yakin ekonomi negara

PELABURAN sebanyak RM10.5 bilion oleh syarikat gergasi Microsoft membuktikan keyakinan para pelabur asing terhadap asas ekonomi negara yang kukuh,...

Lagi Artikel Berkaitan