31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Keberanian PMX sahaja tamatkan ego Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera disiasat dan didakwa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DENGAN keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja akan dapat menamatkan ego bekas pemimpin negara, Tun Dr Mahathir Mohamad,”kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memang biasa buka fail lama. Kalau PMX berani, SPRM mesti lebih berani,” katanya.

“Dia zalim pada orang lain. Dia rasa dia kebal. Keberanian PMX (Perdana Menteri ke-10) boleh menamatkan ego ‘bapa kroni’ negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Hantaran itu dibuat beliau merujuk pernyataan pembelaan oleh Perdana Menteri di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap tuntutan saman fitnah difailkan Dr Mahathir.

Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, turut menggesa agar Dr Mahathir segera disiasat dan didakwa.

Advertisements

Menurutnya, pernyataan pembelaan itu amat serius termasuk mengenai Syarikat Opcom Sdn Bhd yang dikaitkan dengan anak Dr Mahathir didakwa menerima kontrak gantian optik bernilai RM214.2 juta pada 2003.

“PMX juga buat pernyataan, Dr Mahathir mendesak untuk “bailout” syarikat perkapalan milik anaknya. Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) pernah mendedahkan kepincangan ini,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Anwar dalam pernyataan pembelaannya menegaskan, beliau berhak menyangkal serangan tidak berasas terhadap watak, integriti dan niat baiknya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya.

Anwar berkata, tiada maksud fitnah terhadap Dr Mahathir yang timbul dalam kenyataan dikeluarkan oleh beliau pada Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: “Perlaksanaan Sebuah Idealisme” pada 18 Mac lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Sumbangsih: JDT diberi kemenangan percuma

JOHOR Darul Ta’azim (JDT) bakal diberi kemenangan percuma 3-0 perlawanan pertama Liga Malaysia, sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad...

Lagi Artikel Berkaitan