27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Kedah lepaskan Lira

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mengambil keputusan melepaskan penyerang import dari Brazil, Willian Lira Sousa menerusi persetujuan bersama.

Kelab itu menerusi hantaran Facebook berkata, tindakan terserbut diambil susulan beberapa perbincangan mendalam yang diadakan antara kedua-dua pihak.

“KDA FC bersetuju untuk melepaskan Lira dengan rasa berat hati namun menghormati keputusan beliau untuk membawa haluan berbeza dalam tempoh pertengahan Liga Super ketika nisbah jaringan beliau cukup baik dalam setiap perlawanan. 

“Walaupun penampilannya di awal musim menerima pelbagai reaksi kurang senang, namun pemain berasal dari Brazil ini bangkit membuktikan ketajaman dengan membantu Sang Kenari mencipta kemenangan,” katanya hari ini.

Advertisements

Perlawanan terakhir Lira bersama skuad Sang Kenari adalah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman yang menyaksikan penyerang dari Brazil itu meledak satu gol ketika Kedah menewaskan Perak 3-0.

KDA FC berkata, Lira merupakan penjaring terbanyak mereka dalam kancah Liga Super setakat ini dengan lapan gol dalam 14 perlawanan.

“Ketahanan fizikal, sentiasa bersedia beraksi dalam setiap perlawanan menterjemahkan sikap professionalnya di dalam dan luar padang. 

“Kemana sahaja anda selepas ini, ingatlah anda selamanya Sang Kenari. Terima kasih Willain Lira Sousa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PUO, Samsung tubuh pusat pendidikan, kelas hibrid pertama

POLITEKNIK Ungku Omar (PUO) menjalinkan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi menubuhkan pusat pendidikan dan kelas hibrid Samsung bagi...

Lagi Artikel Berkaitan