28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Brenford ikat anak Beckham

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB Liga Perdana Inggeris, Brentford bersetuju menandatangani Romeo Beckham yang merupakan anak kepada lagenda bola sepak England, David menerusi kontrak setahun.

Pemain tengah berusia 20 tahun itu dipinjamkan ke Brenford B dari Inter Miami musim ini dan musim ini, Romeo akan kekal di kelab London tersebut.

Romeo membarisi skuad kedua Brentford itu musim ini di mana mereka berjaya menjuarai Piala Liga Perdana dan itu sudah cukup untuk membuatkan The Bees mengikat pemain berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan Brenford hanya perlu membayar sejumlah kecil wang pampasan kepada Miami untuk mendapatkan khidmat Romeo.

Pemain muda itu memulakan kariernya di akademi Arsenal namun dilepaskan pada 2014 ketika berusia 12 tahun yang membuatkan Romeo enggan menyambung karier bola sepaknya.

Advertisements

Namun, Romeo membuat kejutan kembali dalam bola sepak apabila menyertai kelab dimiliki bapanya, Miami di Amerika Syarikat (AS).

Romeo menghabiskan musim pertamanya bersama Miami II sebelum dinaikkan pangkat beraksi bersama pasukan utama dalam pramusim 2022.

Romeo (depan, tengah) membarisi skuad Brenford B musim ini dan berjaya menarik perhatian pengurus, Neil MacFarlane. – Edisi9/Brentford

Dia mula menjalani latihan bersama Brentford pada Oktober 2022 sebelum menyertainya secara pinjaman enam bulan bermula Januari lalu.

Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan gol pertamanya untuk The Bees dalam kejohanan Piala Senior Middlesex dan terus menempatkan diri dalam pasukan berkenaan.

Romeo akan bersama skuad utama bagi menjalani latihan pramusim dan dijangka akan berusaha menempatkan diri dalam skuad Thomas Frank selepas pengurus Brentford B, Neil MacFarlane berpuas hati dengan prestasi Romeo.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan