26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Makmal proses ubat tiruan diserbu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH makmal memperoses ubat-ubatan tiruan diserbu pihak berkuasa dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah makmal di Taiping, Perak, Selasa lalu.

Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, operasi tersebut dijalankan Perisikan Siasatan Khas (PSK), Jabatan Keselamatam Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dan Kemententerian Kesihatan (KKM).

Katanya, pemeriksaan menemukan barang-barang pemprosesan dan ubat ubatan yang dipercayai tiada kelulusan KKM.

“Operasi tersebut berjaya menahan seorang lelaki dan wanita warganegara tempatan.

“Semua peralatan pemprosesan dan ubatan yang dianggarkan berjumlah RM6,369,782 turut dirampas. Kes disiasat di bawah Peraturan 7(1)(A) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Beliau berkata, polis khususnya JKDNKA komited dalam membantu kementerian serta agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu ketenteraman awam dan keselamatan.

Katanya, operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa yang lain akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Usaha bersama KKM adalah satu inisiatif yang dilaksanakan sejak dahulu lagi membantu membanteras kegiatan jenayah melibatkan ubat-ubatan tiruan, perisa vape dan jenayah farmaseutikal melibatkan pemain industri.

“Sepanjang 2022, PSK telah melancarkan dua serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM3.42 juta dan bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Jun, sebanyak lapan serbuan dijalankan dengan nilai rampasan berjumlah RM12.76 juta,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan