25 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Ops Khas: Tidak pakai tali pinggang keledar paling banyak dikesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIDAK memakai tali pinggang keledar merupakan antara kesalahan paling banyak dikesan dalam tempoh dua jam Ops Khas yang diadakan di Kilometer 1 Jalan Jemaluang-Mersing di Johor, semalam.

Operasi yang dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing itu telah memeriksa sebanyak 60 buah kenderaan melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan lain-lain jenis.

Menerusi hantaran Facebook pengendali BSPT IPD Mersing, daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 42 saman dikeluarkan kepada pemandu atas kesalahan dengan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Selain itu, antara kesalahan lain berjaya dikesan adalah tidak memiliki lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut ukuran piawaian yang betul, “menurut kenyataan itu.

Advertisements

Dalam pada itu, polis turut mengingatkan kemalangan tidak mengenal tempat dan masa.

“Jika ia berlaku, akan ada nyawa yang terkorban. Oleh itu, jika pergi ke mana-mana tidak kira jauh atau dekat, gunakanlah tali pinggang keledar,”kata kenyataan itu.

Operasi yang bermula jam 2 petang dan berakhir dua jam kemudian itu disertai lapan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Mersing ( IPD ). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan