Sunday, June 14, 2026

MKN uji tapak pendaratan helikopter JPM hujung minggu ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan ujian tapak pendaratan (landing point) helikopter di Bangunan Perdana Putra, Kompleks A, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, pada hujung minggu ini.

MKN menerusi kenyataan memaklumkan, latihan tersebut akan diadakan selama dua hari merupakan bentuk kerjasama erat di antara lapan agensi keselamatan.

Menurut MKN, sebanyak empat helikopter akan digunakan sepanjang latihan pendaratan tersebut.

“Tujuan utama latih amal ini adalah untuk menguji tapak pendaratan di Bangunan Perdana Putra dan juga tahap kesiapsiagaan keselamatan di kawasan tersebut.

“Latihan amal ini diharapkan dapat menjadi medium terbaik bagi menambah baik Pelan Pengurusan Risiko dan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) di kawasan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Antara agensi terlibat ialah Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain itu, ia turut melibatkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

MKN dalam pada itu meminta orang ramai untuk tidak cemas atau bimbang dengan kehadiran pesawat udara semasa latihan tersebut dijalankan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan