28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

HSN 2023 bagi merakyatkan sukan, amalan gaya hidup cergas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGANJURAN Hari Sukan Negara (HSN) 2023 adalah berhasrat bagi membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.

“Dalam ucapan, saya singgung kepentingan kegiatan sukan yang seharusnya dimulakan di peringkat awal lagi.

“Ia juga perlu diteruskan sehingga ke sekolah, institut pengajian tinggi, alam pekerjaan dan seterusnya agar gaya hidup kita terus kekal aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan, fizikal dan seumpamanya,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Anwar meninjau aktiviti yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 peringkat kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Anwar terdahulu hadir bagi merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 peringkat kebangsaan di Putrajaya.

Advertisements

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim.

Mengulas mengenai penganjuran HSN, Anwar berkata, pastinya yang diraikan adalah para peserta di seluruh negara yang menyertainya sejak awal pagi lagi.

“Ini secara tidak langsung dapat mengharmonikan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.

“Majulah sukan untuk negara!,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Semua IPM akan dibudayakan dengan Hadis 40 Imam Nawawi

KESEMUA institusi pendidikan MARA (IPM) dicadang membudayakan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai usaha melahirkan generasi ulul-albab muda Islam, cerdik...

Lagi Artikel Berkaitan