25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Pemain Israel berang penyokong Celtic sokong Palestin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS pemain Celtic yang juga merupakan rakyat Israel, Nir Bitton menyelar tindakan penyokong kelab itu menaikkan kain rentang menyokong perjuangan dan pembebasan Palestin.

Bitton yang beraksi selama sembilan tahun di Celtic Park mengecam tindakan penyokong utama kelab, Green Brigade Ultras yang menaikkan kain rentang ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Kemenangan kepada Penentang’ ketika aksi menentang Kilmarnock, Sabtu lalu.

Pemain tengah yang kini bersama Maccabi Tel Aviv itu menerusi Instagram berkongsi gambar insiden berkenaan dengan kapsyen ‘Kamu memalukan! Ya bebaskan Gaza daripada Hamas, bukan Israel’.

“Menyokong organisasi pengganas yang dengan bangga menyembelih banyak keluarga sememangnya gila.

“Kebanyakan daripada kami tidak tahu dimana letaknya Israel. Kamu tiada petunjuk mengenai konflik (yang berlaku) dan kamu masih berlagak seperti tahu segalanya.

Advertisements

“Sebagai bapa kepada tiga anak, saya mahu lihat apa reaksi kami apabola kanak-kanak yang tidak berdosa disembelih dan diculik di depan mata kamu.

“Jadi cukup-cukuplah dipengaruhi dan berat sebelah, ajar diri kamu dengan fakta,” katanya.

Penyokong Celtic sememangnya diketahui kerap menunjukkan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin dengan bendera negara Asia Barat itu kerap dikibarkan dalam beberapa perlawanan The Hoops.

Pejuang Palestin dilaporkan melancarkan serangan terbesar ke arah Israel dari Gaza semalam dengan melancarkan lebih 5,000 roket berterusan selama hampir setengah jam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan