27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Malaysia kekal bersolidariti bersama Palestin – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan tetap kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat di bumi bergolak, Palestin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan kepada rakyat Palestin.

“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti. Akibat ketidak adilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban.

“Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin,” katanya menerusi hantaran di lama sosial X, malam tadi.

Advertisements

Hantaran tersebut turut disertakan bersama kenyataan daripada Kementerian Luar Negeri berhubung konflik terbaharu di Gaza.

Dianggarkan sebanyak 600 warga Israel dan 400 warga Palestin terbunuh selepas tentera Israel dan pejuang Hamas bertempur sejak semalam.,

Serangan Hamas tersebut telah mengakibatkan angka korban tertinggi dicatatkan di Israel dalam tempoh 50 tahun.

Sementara itu, Gulf News melaporkan, beberapa negara Arab lain termasuk Arab Saudi, Qatar, Oman dan Bahrain, menggesa Israel dan Palestin segera meredakan ketegangan yang berlaku. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan