28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

UEL: Liverpool teruskan momentum kemenangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIVERPOOL meneruskan persembahan cemerlang dalam kempen Liga Europa (UEL) selepas menundukkan kelab Belgium, Royale Union Saint-Gilloise, 2-0, di Anfield, awal pagi tadi.

Rekrut musim panas, Ryan Gravenberch membuka akaun jaringan bersama The Reds apabila menolak masuk gol bola muntah daripada dakapan penjaga gol, Anthony Moris pada minit ke-44.

Anak buah Jurgen Klopp terpaksa menunggu sehingga ke masa kecederaan babak kedua untuk menambah jaringan menerusi sentuhan penyudah Diego Jota.

Kemenangan tersebut meletakkan The Reds di tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata, diikuti Toulouse (empat), Saint-Gilloise (satu) dan LASK yang masih gagal mengutip sebarang mata.

Advertisements

Sementara itu aksi di Stade Europa-Park, Jerman menyaksikan West Ham United turut mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam kempen UEL.

Lucas Paqueta meletakkan The Hammers di depan seawal minit kelapan sebelum disamakan Roland Sallai pada minit ke-49.

Pemain pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd mengesahkan kemenangan West Ham pada minit ke-66 apabila menanduk masuk sepakan penjuru James Ward-Prouse.

West Ham kini berada di tangga teratas Kumpulan A dengan enam mata, diikuti Freiburg (tiga) sementara Olympiacos dan Backa Topola masing-masing dengan hanya satu mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan