28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

6 laporan polis, reman pendakwah selebriti akan disambung

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Bukan satu, tapi enam laporan polis diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pendakwah selebriti yang ditahan polis berhubung siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam minggu lalu.

Perkara mengenalinya didedahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat, semalam.

Menurutnya yang dipetik Harian Metro, tempoh reman suspek akan tamat esok namun disebabkan beberapa laporan polis yang diterima semalam, perintah reman akan dipohon bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, sehingga kini enam laporan polis diterima iaitu lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling Jaya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (melakukan seks luar tabii) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).

Advertisements

“Justeru polis menyeru sekiranya ada mangsa mangsa lain agar jangan bimbang untuk tampil membuat laporan polis,” katanya.

Pendakwah selebriti terbabit sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira 11 malam Khamis lalu, selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarkan laporan mangsa berusia berusia 23 tahun itu, dia mendakwa diperkosa suspek yang mendakwa mahu membantu merawat gangguan emosi dialami pada September tahun lalu.

Difahamkan suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.

Advertisements

Terkini

JAIS larang premisnya diguna untuk tujuan politik kepartian

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengingatkan bahawa larangan sebarang kegiatan politik di masjid, surau dan sekolah-sekolah di...

Lagi Artikel Berkaitan