25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lelaki dakwa ketua komander LTTE ugut bunuh KPN, serang Bukit Aman

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat dakwaan seorang individu yang mendakwa dirinya ketua komander kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) 2.0.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit mengugut akan menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Memetik Harian Metro, individu berkenaan menghantar ugutannya melalui e-mel kepada pihak media dan mendakwa akan menyerang Sri Lanka selepas serangan itu.

ABDUL HAMID BADOR

Dalam mesej itu, individu terbabit turut mendakwa akan menembak mati Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Malah dia juga mendakwa pihak polis menghalang media untuk berhubung dengannya sehingga gagal menggunakan WhatsApp dan telefon bimbit termasuk komputernya turut disekat.

Advertisements

Individu terbabit juga memberikan nombor telefonnya dan bersedia ditemubual media yang berminat.

Sementara itu, Abdul Hamid ketika dihubungi mengambil maklum dakwaan individu terbabit.

“Kita masih mengesan individu yang mendakwa dirinya ketua komander LTTE 2.0 dan melakukan ugutan itu.

“Kita akan menyiasat namun saya yakin individu ini sudah pernah dikesan sebelum ini,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan