27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Gara-gara tegur saiz payu dara wanita, lelaki maut ditikam

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengurus syarikat maut ditikam dalam satu pergaduhan gara-gara mengeluarkan perkataan tidak senonoh di tempat letak kereta di Taman Kenanga, Tengkera, Melaka, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Melaka akibat parah ditikam di jantung.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dikatakan berlaku mangsa bersama beberapa rakannya datang ke kedai berkenaan dalam keadaan mabuk selepas selesai berhibur.

“Selesai makan, mangsa dikatakan bercakap dengan kawannya mengenai saiz payudara seorang pelanggan wanita di situ berusia 26 tahun yang kemudian ditegur lelaki berusia 27 tahun mendakwa dia adalah pengawal peribadi wanita terbabit.

“Keadaan menjadi tegang apabila berlaku tolak menolak dan tumbuk menumbuk antara mangsa, pengawal peribadi dan kekasih wanita itu berusia 36 tahun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Christopher, polis kemudian menerima maklumat kejadian daripada orang awam jam 4.15 pagi dan pemeriksaan selepas itu mendapati mangsa dalam keadaan cedera dan tidak sedar.

Advertisements

“Lelaki itu di bawa ke Hospital Melaka oleh dua rakannnya menaiki sebuah pacuan empat roda sebelum doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Laporan bedah siasat menunjukkan, mangsa meninggal dunia akibat luka kesan tikaman pada jantung,” ujarnya.

Tambahnya, susulan kejadian itu polis menahan tujuh suspek berusia antara 25 hingga 38 tahun termasuk pengawal peribadi berkenaan serta teman wanita itu dan kekasihnya itu untuk membantu siasatan.

“Kita turut merampas pisau dan batang besi yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.

“Permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat di Mahkamah Ayer Keroh, pagi ini,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan