25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

NGO@Makerthon manfaat 258,000 komuniti PPR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 258,000 orang daripada 20 komuniti penduduk projek perumahan rakyat (PPR) menerima manfaat daripada pelaksanan program NGO@ Makerthon.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, program di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) itu berjaya memberi impak kepada 8,000 penerima manfaat langsung manakala 250,000 penduduk PPR turut menerima kesan tidak langsung.

Katanya, program itu dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensi masing-masing, SME Corp. Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan sokongan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Di antara projek yang memberikan impak adalah ‘Recycle it Right and Upcycling Glass’ oleh Pertubuhan Generasi Peduli Sampah (GPS) di PPR Taman Rasa Sayang, Negeri Sembilan di mana peserta telah dibimbing mengenai cara memproses kaca yang dihancurkan untuk mencipta inovasi baharu. 

“Peserta yang berjaya telah diberi geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000 untuk melaksanakan inovasi yang telah di rancang sepanjang tempoh program,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program NGO@ Makerthon semalam.

Lih Kang berkata, program itu bertujuan memperkasa NGO dengan pengetahuan mengenai Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) dalam membangunkan inovasi penyelesaian masalah komuniti PPR dan membina sistem sokongan berterusan. 

Katanya, ini bagi memastikan penyelesaian yang lebih cekap dan berkesan dalam meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan permasalahan atau cabaran komuniti setempat bertepatan dengan nilai teras Malaysia Madani.

“Selain itu, ia bagi mewujudkan mutu hidup seimbang berasaskan ilmu pengetahuan serta kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu iaitu teras kemampanan dan kesejahteraan.

“Melalui Program NGO@ Makerthon, NGO juga dibantu untuk menerapkan penyelesaian inovatif dalam isu sosial utama di kalangan komuniti seperti sara hidup, pembangunan komuniti, persekitaran dan penerapan teknologi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan