26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Najib tanya, mampukah Belanjawan 2021 pulih ekonomi?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Keupayaan Belanjawan 2021 menangan kesani kemerosotan ekonomi yang boleh menyebabkan berjuta-juta rakyat hilang pekerjaan boleh dipersoalkan ekoran peruntukan Program Subsisi Upah (PSU) yang berkurangan secara mendadak.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitan persoalan itu kerana jumlah peruntukan PSU 2021 turun ke RM2.4 bilion berbanding RM15 bilion tahun ini.

Walaupun kerajaan melanjutkan PSU sehingga suku pertama tahun depan, bekas Menteri Kewangan itu sangsi dengan kesan PSU sekiranya COVID-19 terus melanda atau bertambah buruk.

Kebimbangan beliau itu ada asasnya memandangkan tempoh pelaksanaan PSU 2021 hanya tiga bulan berbanding sembilan bulan tahun ini manakala nilai maksimum subsidi hanya RM600 berbanding RM1,200 sebelumnya.

Selain itu, Najib menarik perhatian semua pihak bahawa PSU 2021 hanya dihadkan kepada sektor pelancongan dan runcit sahaja.

Anggaran jumlah majikan yang akan dibantu pula hanya 70,000 (berbanding lebih 330,000 untuk PSU 2020) manakala jumlah pekerja hanya 900,000 (berbanding 2.7 juta sebelum ini).

“Supaya kita tidak digelar sebagai pengkhianat, adakah kita patut sokong sebuah bajet yang berkemungkinan besar akan gagal menghalang kemerosotan ekonomi dan bakal menyebabkan kehilangan sejuta atau dua juta pekerjaan?” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Selain isu PSU 2021, Ahli Parlimen Pekan itu membangkitkan kembali tiga lagi persoalan pokok berkaitan Belanjawan 2021 yang sehingga kini masih dijawab secara memuaskan oleh kerajaan.

Pertama, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi banyak kategori penerima adalah lebih rendah berbanding Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020, Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 dan jauh lebih rendah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018.

Kedua, moratorium pinjaman automatik secara pukal telah dihentikan dan ketiga, pengeluaran wang dalam Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi skim i-Lestari semakin menghampiri penghujungnya.

“Sebab itu saya saran dalam perbahasan Belanjawan 2021 saya bahawa kerajaan perlu mengambil langkah berani dan luar biasa untuk menghadapi cabaran luar biasa pada ketika ini.

“Dan sebab ini, saya memberi dua syarat kepada kerajaan PN (namun belum disambut sepenuhnya oleh kerajaan) agar kerajaan akan ambil langkah berani yang tidak memberi impak kepada kewangan kerajaan dan hutang negara,” jelasnya.

Seperti yang dijelaskan oleh Najib, saranan itu dibuat bagi memastikan kelangsungan hidup jutaan rakyat dijamin dan ekonomi negara menjadi rancak semula. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan