33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 25, 2021

Apakah impak Covid-19 baru bermula?

Must Read

Editor
Editor Edisi 9

Oleh: NORDIN ABDUL MALEK

Dunia sudah meramalkan manusia akan terkesan dengan begitu teruk akibat Covid-19.

Bak kata Pengerusi Program Makanan Dunia (WFP), Arif Husin bahawa “kesan virus Covid-19 kepada manusia jauh lebih tinggi daripada bilangan manusia yang terkena jangkitan virus itu sendiri”.

Dalam kefahaman ringkas, kesan selain penyakit seperti sosioekonomi akan dirasakan kepada seluruh lapisan rakyat berbanding jumlah pesakit itu sendiri.

Dalam konteks Malaysia, setakat ini hanya 51,000 kes dicatatkan di Malaysia dengan 326 kematian. Tetapi yang terjejas dalam semua aspek akibat kesan pendamik akan melibatkan hampir 30 juta rakyat Malaysia.

Kini kita sudah mendengar lebih 800,000 orang menganggur. Pemberhentian sektor-sektor tertentu semakin ketara. Belum lagi kerja separuh gaji, cuti tanpa gaji dan pekerja separuh bulan. Semua ini akan memberi kesan kepada kadar pendapatan rakyat, seterusnya segala aspek ekonomi akan terjejas.

Biasa kita mendengar cerita jutawan bertaraf dunia seperti Tony Fernandez, tauke Air Asia mencipta kecemerlangan baru perniagaan tetapi kini pelbagai cerita yang sukar dipercayai sebelum ini seperti menjual rumah agam di luar negara dan mempromosikan sendiri pesanan makanan melalui kaedah online yang membayangkan begitu teruknya situasi ekonomi negara dan dunia.

Malah, PDRM turut melaporkan seramai 266 kes membunuh diri sepanjang tempoh PKP sejak Mac hingga Oktober lalu. Sebahagian besarnya adalah masalah hutang. Negeri seperti Johor, Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan jumlah kes yang tertinggi.

Baca juga:   JanaNiaga bantu PKS atasi masalah aliran tunai
Baca juga:   Video khemah di tanah perkuburan terbang, berpusing tular

Dalam sesi bertajuk Asia Pacific’s Time, Dialog CEO-CEO APEC 2020 baru-baru ini, Pengarah Urusan Pembangunan, Dasar dan Perkongsian Bank Dunia, Mari Pangestu berkata, negara-negara seluruh dunia akan terus mengalami dilema untuk memilih sama ada kesihatan atau ekonomi dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi, walaupun vaksin Covid-19 sudah ditemui.

Kesan Covid-19 sudah dirasai daripada pelbagai aspek kehidupan tetapi pada pandangan saya, tiga jaminan keselamatan ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negara terus terpelihara iaitu:

*Jaminan Keselamatan Kesihatan (Health Security).
*Jaminan Keselamatan Makanan (Food Security)
*Jaminan Keselamatan Pekerjaan (Employment Security).

Ketiga-tiga jaminan keselamatan di atas adalah antara intipati dilema yang disebut oleh Mari. Manakala pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang turut mengkaji dasar kerajaan dalam menangani impak Covid 19 turut memberi penekanan dalam usaha menstabilkan kesan sosio-ekonomi di Malaysia.

Apa pun pendapat dan kajian berkaitan, kita memerlukan langkah-langkah yang bersifat realistik dan proaktif untuk menangani impak Covid-19.

Oleh itu, di sebalik kita mengawal pendamik Covid-19, kita perlu memastikan pelan gerak kerja negara memberi tumpuan kepada pemulihan dan daya tahan berterusan (sustainable) dalam sosioekonomi.

Maka akhirnya langkah ini juga adalah antara faktor yang akan memberi impak kepada ketenteraman sosial.

Walaupun kerajaan sudah berusaha untuk menyediakan pelbagai insentif untuk terus bertahan terutama dalam hal-hal ekonomi, banyak usaha perlu dilakukan supaya keseimbangan antara insentif dan inisiatif berlaku.

Baca juga:   Lelaki maut kenderaan dipandu jatuh dari tingkat 3 pangsapuri

Pada saya insentif adalah sumbangan kerajaan untuk membolehkan rakyat menyelesaikan masalah mikro yang bersifat sementara seperti moratorium, bajet PENJANA dan sebagainya.

Baca juga:   Lelaki maut kenderaan dipandu jatuh dari tingkat 3 pangsapuri

Namun begitu, inisiatif untuk menggerakkan peluang ekonomi seperti subsidi galakan pelancongan berkumpulan dan melibatkan semua penggiat pelancongan adalah antara contoh merangsangkan ekonomi untuk memberi limpahan berganda kepada kecairan ekonomi rakyat.

Contoh kiraannya mudah. Jika kerajaan melaburkan RM500 juta untuk menyediakan subsidi pelancongan kepada kumpulan NGO-NGO seluruh negara melalui pembiayaan bas rombongan percuma dengan kadar RM1,000 hingga RM3,000 bagi setiap satu trip perjalanan, kesemua anggota rombongan biasanya akan berbelanja sekurang-kurangnya RM3,500 hingga RM 6,000.
Ini bererti, limpahan ekonomi akan bergerak sekurang-kurangnya 3 kali ganda. Hasil daripada suntikan kerajaan sebanyak RM500 juta akan menghasilkan limpahan sekurang-kurangnya RM1.5 bilion hingga RM2 bilion.
Saya fikir, jika banyak inisiatif begini dilakukan dan memastikan pelbagai inisiatif berbelanja di peringkat kerajaan dan rakyat dilakukan segera, situasi ekonomi kita masih boleh bertahan dan berkembang dengan baik.

Namun, kita lebih suka memberikan insentif yang bersifat Panadol atau ubat tahan sakit seketika. Sesetengah usahawan mungkin perlu RM500 atau pelbagai dana pinjaman sebagai insentif kerajaan tetapi apa erti dana berkenaan jika usahawan tidak dapat berniaga dengan baik.

Inilah juga yang terjadi kepada kolej-kolej swasta termasuk pusat latihan kemahiran. Saya sendiri pernah mencadangkan program Reskilling dan Upskilling pada April lalu dan akhirnya kerajaan bersetuju meluluskan dana PENJANA KERJAYA sebanyak RM 2 bilion.

Baca juga:   Wajarkah lagi UMNO terus berada dalam Perikatan Nasional?

Namun semua IPTS dan ILKS terus mengalami kerugian dan kecairan modal yang kritikal kerana IPTS dan ILKS tidak dapat beroperasi dengan baik. Tiada perakuan dan penyeragaman yang jelas sebagai ganti kelas cara lama seperti pembelajaran online yang masih dalam keraguan.

Baca juga:   Wajarkah lagi UMNO terus berada dalam Perikatan Nasional?

Isu sekarang ialah kita sebenarnya tahu kaedah terbaik mengatasi impak sosioekonomi akibat Covid-19 tetapi masalahnya ialah dalam kita mencanangkan bekerja secara norma baharu, kita masih bermentalitikan norma lama.

Maka bersedialah kita untuk menghadapi situasi yang lebih buruk. Ujian yang mungkin paling buruk dalam sejak 500 tahun yang lalu. Apa yang dirasakan kini mungkin satu permulaan menuju situasi lebih dahsyat pada masa depan.

  • Penulis adalah Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW) dan Aktivis Ekonomi Sosial. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Latest News

5 nelayan Vietnam lari lokap berjaya dicekup semula

MIRI - Lima nelayan warga Vietnam tahanan lokap Zon Maritim Miri (ZMM) yang meloloskan diri dari lokap pada pada...

More Articles Like This