27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Runtuhan batu kuari: Mayat pekerja asing tertimbus ditemukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT pekerja warga asing yang dipercayai tertimbus dalam insiden runtuhan kuari batu kapur di Keramat Pulai, Simpang Pulai hari ini, telah berjaya ditemukan pada jam 12.45 tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pasukan penyelamat telah berjaya menjumpai mayat mangsa di sebelah rangka jengkaut yang tertimbus di bawah runtuhan batu.

“Sehingga kini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari tapak runtuhan batu.

“Kerja-kerja operasi dan menyelamat (SAR) akan dimaklumkan dari masa ke semasa,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai insiden runtuhan kuari batu kapur di Keramat Pulai, Simpang Pulai, pada jam 10.45 pagi tadi.

“Dimaklumkan mangsa yang tertimbus dipercayai pekerja lelaki warga asing.

“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa masih hidup atau sebaliknya.

“Berikutan itu, polis sudah melancarkan SAR bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan agensi-agensi lain yang berkaitan di lokasi runtuhan batu berkenaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan